Hospital Bentong

Pengenalan

Hospital Bentong adalah salah sebuah daripada 11 buah hospital di Negeri Pahang. Mula beroperasi pada tahun 1920-an. Daerah Bentong mempunyai populasi lebih kurang 119,000 orang. Jabatan pesakit luar dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 30 Jun 1966 dan ia berkeluasan 7.8 ekar. Diterajui oleh Dr. Theeban a/l Suntherasegarun.

Hospital Bentong komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan/pesakitnya.  Ia selaras dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia; Kami Sedia Membantu

Didirikan di tengah pusat bandar Bentong. Hospital ini telah mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian. Antaranya Pemenang Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) Tempat ke-2 Tahun 2005, dicalonkan sebagai Finalist Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2005, calon Finalist Untuk United Nation Public Service Award 2006 serta Finalist Anugerah Inovasi Peringkat Komanwel (C.A.P.A.M) Tahun 2006.

Hubungi Kami

Hospital Bentong
Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

E-mel Rasmi
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Web Rasmi
https://hspben.moh.gov.my

No. Telefon
+6092223333

No. Faksimili
+6092224494

Perkhidmatan

Kecemasan

Wad Lelaki

Wad Perempuan

Pentadbiran

Pengimejan Diagnostik

Farmasi dan Bekalan

Rekod Perubatan

Sajian Makanan

Kemudahan

Kafeteria

Kedai Sihat

Tandas Awam

Balai Pelawat

Surau

  • Visi, Misi & Objektif

    PERNYATAAN VISI
    Hospital Bentong Berganding Bahu Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Cemerlang.

    PERNYATAAN MISI
    Misi Hospital Bentong adalah untuk berganding bahu bagi memboleh dan memudahkan :-
    1. PELANGGAN :
      1. Bertanggungjawab dan bertindak secara proaktif untuk mencapai kesihatan yang cemerlang
      2. Sentiasa mengutamakan kesihatan sebagai aset yang bernilai

    2. SISTEM PENJAGAAN KESIHATAN :
      1. Mewujudkan sistem perkhidmatan kesihatan yang efisien dengan memberi fokus kepada inovasi dan teknologi mengikut  kesesuaian persekitaran

    3. PENEKANAN KEPADA :
      1. Profesionalisme, penyayang dan kerja berpasukan\
      2. Hormat menghormati
      3. Menjaga kerahsiaan
      4. Berintegriti
      5. Penglibatan masyarakat.

    PERNYATAAN OBJEKTIF
    Hospital Bentong bertekad untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan pada tahap kualiti yang tinggi dengan mematuhi keperluan dan jangkaan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Carta Organisasi

  • Piagam Pelanggan

    Para pelanggan yang dihormati anda adalah keutamaan kami, kami akan memberikan sepenuh komitmen kepada anda seperti berikut :

    Pesakit Luar
    1. Anda akan didaftarkan, mendapat nombor giliran dan mnerima rawatan daripada Pegawai Perubatan dalam tempoh tidak melebihi 30 mint berdasarkan program e-Masa KKM.
      • Anggaran masa 10 minit setiap pesakit untuk proses pendaftaran seperti berikut :
        • Proses Kerja : Masa Menunggu 
        • Mendapatkan  Nombor Giliran : 1 Minit 
        • Mendapatkan Kad Rawatan : 5-7 Minit 
        • Proses Rawatan : 2 Minit 
        • Jumlah = 10 Minit (Maksimum)

    2. Anda akan didaftarkan untuk kemasukan ke wad dalam masa 30 minit.

    3. Anda akan dirawat dengan segera jika ditakrifkan sebagi pesakit dalam ketegori kecemasan berdasarkan istem TRIAGE seperti berikut :
      • Kod Masa Menunggu 
      • MERAH : SEGERA
      • KUNING : 5-20 Minit
      • HIJAU : 30 Minit - 120 Minit
      • PUTIH : Dibawa ke Mortuari (Jenazah / Bilik Mayat)

    4. Anda akan dirujuk ke hospital lain yang bersesuaian seberapa segera jika memerlukan rawatan yang tidak terdapat di Hospital Bentong.

    Pesakit Dalam
    1. Anda akan ditempatkan di katil dalam masa 10 minit selepas tiba di wad.

    2. Anda akan diberikan orientasi dan perkhidmatan semasa di dalam wad serta diperiksa oleh Pegawai Perubatan setiap hari (bagi Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental - apabila perlu mengikut keadaan).

    3. Anda akan diberitahu oleh pihak hospital 1 jam sebelum discaj (bagi Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental - 1 hari sebelum discaj).

    Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal
    Anda akan diberi layanan dan perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan unit masing-masing.

    Peningkatan Tahap Kepuasan Pelanggan
    Bagi meningkatkan tahap kepuasan anda sebagai pelanggan kami, segala cadangan, kepujian dan aduan anda akan diambil tindakan yang sewajarnya dan anda akan dimaklumkan tentang status tindakan dalam masa 4 hari.
  • Ahli Lembaga Pelawat

  • Ahli Lembaga Pelawat (Psikiatri)

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 30/06/2022 Jumlah Pelawat : 2026