Jabatan Otorinolaringologi

images
images

Jabatan Otorinolaringologi Surgeri Kepala dan Leher HOSHAS

Peranan Jabatan Otorinolaringologi (ORL) adalah memberikan perkhidmatan untuk pesakit dalam ( kemasukan wad) dan pesakit luar (perkhidmatan klinik pakar) melalui temujanji yang ditetapkan. Adalah dimaklumkan buat masa ini Jabatan Otorinolaringologi ini di terajui oleh Ketua Jabatan bersama dua orang pakar dengan dibantu oleh 4 pegawai perubatan, 3 pegawai pemulihan pendengaran, seorang pegawai pemulihan pertuturan, 6 paramedik dan 2 kakitangan sokongan lain.

Oleh kerana Hospital Sultan Hj Ahmad Shah merupakan sebuah hospital rujukan, secara tidak langsung jabatan ini juga menerima kes rujukan luar daripada daerah sekitar Pahang Barat seperti Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub, Hospital Bentong, Hospital Jerantut dan Hospital Jengka. Bagi kes-kes rujukan daripada klinik kesihatan berhampiran pula terdiri daripada daerah berhampiran seperti Bera, Maran serta daerah Temerloh sendiri.

Bagi memberikan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pelanggan, Jabatan ORL juga telah meyusun atur lawatan pakar ke hospital daerah yang tertentu seperti Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub dan Hospital Bentong mengikut tarikh yang ditetapkan. Prosedur pembedahan juga dilakukan semasa lawatan dilakukan tetapi kini hanya melibatkan lawatan ke Hospital Kuala Lipis sahaja. Ujian Pendengaran serta rawatan rehabilitasi pendengaran disediakan. Pesakit bermasalah pertuturan juga akan diberi rawatan diagnostik serta rehabilitasi oleh seorang pegawai pemulihan pertuturan.

Lokasi : Aras 3

Jawatan / Lokasi
No Sambungan
Ketua Jabatan
1553
Bilik Pakar
1552
Bilik Pendengaran (Audiologist) 5404 / 1555 / 1557
Pegawai Pertuturan (Speech Theraphy) 1554 / 1558 / 1561
Kaunter 5401

 Jadual Pesakit Luar Klinik Otorinolaringologi Isnin – Khamis

Hari
8.00 am-9.00 am
9.00 am - 1.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm
Isnin

 

Ward Round

 

 

 

 

General ORL Clinic

 

Continue General ORL
Clinic For Morning Session's
Patient &
Emergency Case
Selasa
Rabu
Khamis
Emergency Case & OT Day

*Selasa minggu ke 2 dan minggu ke 4 : Cancer Clinic (2.00 petang - 5.00 petang)

Hari 8.00 am - 9.00 am 9.00 am - 10.00 am 10.00 am - 12.15 am 2.45 pm - 5.00 pm
Jumaat CME Hospital  Grand Ward Round  OSA Clinic, OT Day & Emergency  CME Clinic ORL

Speech Clinic

Hari\Shift Am Pm
Isnin  Screening New Case Follow Up 
Selasa  Follow Up  Follow Up / Klinik Penelanan (FEES) 
Rabu  Screening New Case Follow Up / Klinik Penelanan (FEES) 
Khamis  Follow Up  Follow Up 
Jumaat  Group theraphy / parental training

Jadual Klinik Audiologi

Hari\Masa

Sesi Pagi (8.00 am - 1.00 pm) 

Sesi Petang (2.00 pm - 5.00 pm)

Isnin   Klinik Kes Baru
Klinik Kes Ulangan 
Klinik Kes Ulangan
Kes Wad
Kes HA 
Selasa  Klinik Kes Baru
Klinik Kes Ulangan
Klinik ABR
Kes HA 
Klinik Kes Ulangan
Kes Wad
Kes HA  
Rabu   Klinik Kes Baru
Klinik Kes Ulangan
Klinik ABR 
Klinik Kes Ulangan
Kes Wad
Kes HA  
Khamis  Klinik Kes Baru
Klinik Kes Ulangan
Kes HA 
Klinik Kes Ulangan
Kes Wad
Kes HA  
Jumaat  Klinik Kes Baru
Klinik Kes Ulangan
Kes HA 
CME Jabatan / Mesyuarat / Kemaskini Data / Bilik 

KLINIKAL

  • Rawatan kes-kes kecemasan trauma dan kes kecemasan lain yang melibatkan bahagian telinga , hidung dan tekak.
  • Rawatan kes-kes Patologi telinga, hidung dan tekak.
  • Rawatan kecacatan telinga, hidung dan tekak.
  • Pembedahan kecil telinga , hidung dan tekak
  • Perubatan alahan hidung (Allergic Rhinitis Clinic)
  • Perubatan masalah pening dan ketidakseimbangan ( Vertigo Clinic )
  • Rehabilitasi Aural merangkumi percubaan, pemasangan, orientasi alat bantu pendengaran
  • Pengujian pendengaran( Dewasa dan Kanak-Kanak)- Audiologi
  • Penilaian dan perawatan terapi pertuturan, bahasa, suara , penelanan dan rehabilitasi aural( selepas pemasangan alat bantu pendengaran) untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak

BUKAN KLINIKAL

  • Memberi pendidikan kesihatan mengenai penjagaan telinga , hidung dan tekak
  • Sebagai pusat latihan praktikal untuk penolong pegawai-pegawai perubatan dan pelajar-pelajar kejururawatan
  • Menjalankan CME  bagi pegawai-pegawai perubatan semasa membuat lawatan pakar ke hospital-hospital daerah.
  • Sebagai pusat ‘attachment’ untuk pegawai-pegawai perubatan dari hospital daerah.

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

Selain memberikan rawatan pesakit luar di HoSHAS, jabatan ini juga membuat lawatan dan memberikan rawatan pakar kepada pesakit luar di Hospital Bentong ( Selasa minggu kedua) dan Hospital Raub( Selasa minggu keempat) sebulan sekali serta Hospital Kuala Lipis (Selasa minggu pertama dan ketiga) dua kali sebulan

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Pembedahan elektif sekali seminggu (Khamis) dan pembedahan kecemasan.
  • Menerima rujukan pesakit dalaman dari unit-unit lain.
  • Merawat pesakit akut dan kronik telinga, hidung dan tekak.
  • Perubatan kanser paliatif

Bil Kursus Tarikh
1 Kursus Kecemasan ORL 19 Mac 2018
2 Kursus Trakeostomi  20 Mac 2018
3 Better Hearing Speech Month Mei 2018 
4 Kursus Saringan Pendengaran Bayi 8 - 9 Ogos 2018

 

5) Tajuk : Program 10 000 Langkah Sempena "Better Hearing & Speech Month"

    Tarikh : 19/10/2018

   

6) CME  

Tajuk : Check Your Hearing Sempena World Hearing Day

Penceramah : Dr. Mohamad Norkahfi Bin Razali

Tarikh : 15 Mac 2019

Masa : 8.00 pagi

Lokasi : Auditorium, Hoshas

7) KURSUS ANAK SAYA PELAT 2019

 

8)  

noise exposure update 2019 A  noise exposure update 2019 B 

9) Tajuk : Program World Hearing Day
Lokasi : Lobi Utama, HOSHAS
Tarikh : 3 Mac 2020

   

 10)

11) Tajuk : CME : Fish Bone Removed, There Goes My Tonsil
Lokasi : Platfom Zoom & Youtube Live
Tarikh : 22 Oktober 2021 

12)

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/11/2022 Jumlah Pelawat : 2744